Website adalah halaman informasi yang disediakan melalui jalur internet sehingga boleh diakses di seluruh dunia apabila dihubungkan dengan jaringan internet. Website merupakan komponen atau kumpulan komponen yang terdiri dari teks, gambar, suara animasi. Ia juga merupakan media maklumat yang menarik untuk dikunjungi. Secara amnya, website terdiri daripada 3 bahagian iaitu:
1. Website Statik
2. Website Dinamik
3. Website Interaktif
Website Statik adalah web yang mempunyai halaman tidak berubah (tetap). Ertinya adalah untuk melakukan perubahan pada suatu halaman yang dilakukan secara manual dengan mengedit kod yang menjadi struktur dari website tersebut.
Website Dinamik merupakan website yang secara strukturnya diperuntukkan untuk proses mengemaskini sekerap mungkin. Biasanya selain boleh diakses oleh user, halaman backend juga disediakan untuk mengedit kandungan dari website. Contoh website dinamik adalah web berita atau web portal yang didalamnya terdapat kemudahan berita, polling dan sebagainya.
Website Interaktif adalah web yang sering digunakan pada masa ini. Salah satu contoh website interaktif adalah blog dan forum. Di website ini user boleh berinteraksi dan berkongsi pendapat mengenai apa yang mereka fikirkan. Biasanya website ini memiliki moderator untuk mengatur supaya topik yang dibincangkan tidak keluar jalur.